PONTIAN, 10 April 2017 – Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir menyaksikan demonstrasi menyingkirkan logam toksik dalam makanan laut yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Demonstrasi itu diketuai oleh Profesor Dr Abdul Rahim Mohd Yusoff untuk menyingkirkan logam berat dalam makanan laut seperti seperti kerang, kupang, dan tiram diadakan di Pengkalan Nelayan Air Baloi pagi ini, sempena lawatan kerja ke Parlimen Pontian.
Lawatan itu disertai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Pontian Datuk Hj. Ahmad Hj. Maslan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor merangkap ADUN Benut Datuk Ir. Hj. Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Negeri Johor Dato’ Tee Siew Keong, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Hj. Azmi Rohani dan Pegawai Daerah Pontian Hj. Onn Jabbar.
Hadir sama Naib Canselor UTM Profesor Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, Dekan Fakulti Sains Professor Dr Norsarahaida Saidina Amin dan Dekan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) Profesor Dr Amran Md Rasli.
Sistem penyingkiran logam toksik itu yang dikenali sebagai Molluscure™ dibangunkan sekumpulan penyelidik yang dianggotai oleh Prof. Dr. Wan Azelee Wan Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Razali Ismail, Dr. Faizuan Abdullah dan Ihsan Wan Azelee.
Molluscure™ telah dilesenkan untuk dikomersialkan kepada syarikat Focus Industrial System Sdn. Bhd.
Molluscure™ adalah salah satu projek dibawah Institut Kajian Strategik Johor (IISJ) untuk diperkenalkan kepada nelayan penternak kerang di Mukim Ayer Baloi, Pontian Johor.
Tujuannya untuk mendedahkan teknologi berkenaan kepada golongan sasar iaitu nelayan penternak spesis moluska terutama kerang yang mempunyai potensi pasaran yang sangat luas.
Dato’ Mohamed Khaled mencedok kerang yang telah dibersihkan di dalam tangki pembersihan.
Profesor Wahid mengiringi Dato’ Mohamed Khaled melawat makmal bergerak IPASA.
Dato’ Mohamed Khaled melihat ujian yang dijalankan dalam makmal bergerak.
sumber :- http://news.utm.my/malay/2017/04/mb-johor-saksi-demonstrasi-singkir-logam-berat-dalam-makanan-laut/
Mohamed Khaled mendengar taklimat mengenai projek pembinaan SAKJ di dalam kawasan Parlimen Pontian oleh pihak Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).
PONTIAN, 10 April – Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM119 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan dalam kawasan Parlimen Pontian pada tahun ini.
Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin berkata ia merupakan peruntukan bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Beliau mengumumkan jumlah peruntukan itu ketika berucap pada Majlis Pelancaran Johor WiFi Luar Bandar, dekat sini, sempena lawatan kerjanya ke Parlimen Pontian, hari ini.
Yang turut hadir ialah Pegawai Daerah Pontian, On Jabbar; Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri, Datuk Tee Siew Kiong merangkap ADUN Pulai Sebatang.
Menurut Mohamed Khaled, peruntukan tersebut adalah bagi menjayakan pelbagai projek, antaranya ialah;
1) RM37.5 juta bagi pelaksanaan Projek Kemajuan Kawasan (PPK) iaitu projek penempatan semula penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Nelayan, Kampung Seri Tanjung dan Kampung Sanglang. Ia melibatkan seramai 170 keluarga yang akan dipindahkan ke Kampung Parit Makuasang.
2) RM9 juta diperuntukkan bagi Pengambilan Balik Tanah (PBT) seluas 35.8 ekar untuk membina rumah mampu milik di kawasan Parlimen Pontian.
3) RM7.39 juta bagi pembinaan Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di Kampung Seri Bugis dan Kampung Lebai Mohd Yaakob.
4) RM400,000 bagi menjayakan Projek Molluscure Kerang, sebuah inovasi yang direka bagi menyingkirkan logam toksik daripada spesis seperti kerang, kupang dan tiram. Ia diusahakan kerajaan negeri melalui Institut Inovasi Strategik Johor (IISJ) dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
5) RM1.5 juta bagi penyediaan Pusat Pengumpulan Perusahaan Kecil Sungai Pinggan.
6) RM11.835 juta bagi pembinaan jambatan kedua daerah Pontian.
7) RM2.6 juta diperuntukkan pada tahun ini sebagai permulaan bagi pelaksanaan projek naik taraf Jalan Parit Ibrahim dan Parit Jawa. Jumlah keseluruhan projek adalah RM26 juta.
8) RM1.5 juta diluluskan bagi projek naik taraf simpang empat Pekan Benut.
9) RM47.678 juta diperuntukkan bagi menyelenggara jalan-jalan kampung, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
10) RM4 juta bagi pembinaan masjid-masjid baharu di daerah Pontian.
11) RM1.35 juta bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan parit dan saliran.
12) RM200,000 bagi menaik taraf kuala di Sungai Kampung Benut.
13) RM2 juta bagi menaik taraf infrastruktur di Dataran Dato’ Jalok.
14) RM50,000 bagi menaik taraf bangunan Perpustakaan Desa di Kampung Parit Puteri Menangis.
Mohamed Khaled menyampaikan bantuan daripada Yayasan Maharani kepada salah seorang penduduk ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Bakri pada 30 Mac lalu.
JOHOR BAHRU, 10 April – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan lawatan ke Parlimen Pontian.
Dalam lawatan sehari itu beliau dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Wifi Johor Luar Bandar di Dataran Homestay, Puteri Menangis.
Selain itu, Mohamed Khaled turut dijadual merasmikan Pasar Awam Pontian, Dewan Muafakat Johor, Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Kampung Sanglang, Ayer Baloi dan pelancaran Mini Karnival OUM Pontian.
Lawatan hari ini merupakan lawatan Parlimen ke-20, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.
Ia turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 19 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak dan Pagoh.
Selain itu, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam dan Bakri.
Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau perkembangan semasa pembangunan di setiap kawasan agar segala dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi, selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.
Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor sempena sambutan ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Tuanku. Daulat Tuanku.
Sumber : Buku 40 tokoh Pontian Penyelidik : Saidi Arham
Wak Ngador @ Abdullah bin Katam adalah anak kedua dari 7 org adik beradik bagi pasangan Wak Katam yg berasal dari Magelang dan Parilah binti Marto, seorang dukun beranak berasal dari Wonosobo. Beliau dilahirkan di Kampung Parit Baru, Kayu Ara Pasong pada tahun 1925.
Semasa kelahiran Ngador, beliau dibidani sendiri oleh ibunya yang memang dukun beranak tanpa pertolongan orang lain. Si ibulah yang memotong tali pusatnya sendiri dan mengemas si bayi kerana si suami ketika itu berada di Muar.
Beliau sempat bersekolah hingga ke Darjah Empat. Beliau juga bersekolah agama pada sebelah petang. Setelah tamat perang pada tahun 1945 Ngador pergi belajar pondok di Parit Pinang Seribu di Muar. Beliau meneruskan pengajiannya di Kayu Ara Pasong dengan Kiyai Marwaji Mokhtarapi dan Kiyai Salleh Kendal. Beliau juga berguru kepada Kiyai Haji Abdul Jalil di Kampung Parit Yakun, Kukup.
Kerja mengurut telah dimulai oleh Wak Ngador semasa umurnya 16 tahun dgn mengurut kawan-kawannya. Sekitar 1970 beliau membawa teksi kepunyaanya sendiri. Dalam pada itu beliau memperuntukkan masa untuk tugas-tugas mengurut yang ditetapkannya mulai pukul 8.00 pagi hingga 11.00 tengahari. Menjelang tengahari membawa ke waktu zuhur beliau membawa teksi. Selepas zuhur hingga ke petang beliau bertugas semula dengan kerja urut mengurut terutama dalam hal patah tulang. Pada sebelah malam pula beliau selalu pula berada di rumah sakit Pontian kerana ramai para pesakit patah tulang memerlukan urutannya.
Satu ketika, Tengku Mahmud Iskandar, yg pada masa itu Tengku Mahkota Johor menitahkan agar Wak Ngador dijemput ke istana untuk member khidmat urut kepada baginda dan keluarga. Apabila ditabal menjadi sultan, baginda terus menjalin hubungan yang rapat dengan Wak Ngador dan sering mengundangnya datang ke istana. Semasa di istana ini juga Wak Ngador sering bertemu dengan Kiyai Haji Shamsudin. Selain itu, semasa menunaikan umrah dan haji, ramai jamaah yg meminta beliau mengurut. Orang-orang Arab sendiri turut merasa urutan tangan dari Wak Ngador. Kebolehan Wak Ngador bertutur dalam bahasa Arab memudahkan beliau berkomunikasi dengan orang-orang Arab ini. Diberitakan arwah Mokhtar Dahari juga pernah dtg berurut dgn beliau.
Hasil perkahwinan dengan Puan Saimah binti Bidin, Wak Ngador dikurniakan dengan 10 orang anak. Apabila Puan Saimah meninggal dunia beliau berkahwin pula dengan Puan Fatimah binti Sonto dan memperoleh dua orang anak lagi. Beliau berkahwin lagi dengan Puan Rahmah binti Rahmat apabila Puan Fatimah meninggal dunia pada awal tahun 1990 an.
Wak Ngador meninggal dunia pada 15 Ogos 2007 di rumahnya di Parit Sikom, Pontian.
Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar. Syabas dan terimakasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat.
Aktiviti : Karnival Sukan Santai Tempat : Pt. Sikom Esplanade Tarikh : 31hb. Disember 2016 Masa : 8.00 – 2.00 petang
Anjuran bersama : Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Pekan Parit Sikom Pergerakan Pemuda UMNO Kawasan 3 Kayu Ara Pasong Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pontian JKKK Kawasan 3 Mukim Api-Api Biro Rakan Muda Surau Nurul Falah, Pekan Parit Sikom
Aktiviti : Maulidur Rasul 2016 Tempat : Surau Nurul Falah, Pekan Parit Sikom Tarikh : 21hb. Disember 2016 Masa : 1800 – 2300
Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar. Majlis diserikan dengan alunan nasyid, bacaan Al-Quran dan ceramah maulidur rasul. Penceramah pada malam itu ialah Al Sheikh Ustaz Mohd Nasri Bin Abd Rahman, Kadi Daerah Tangkak.
Syabas dan terimakasih kepada semua Ahli Jawatankuasa Surau Nurul Falah yang terlibat. Muafakat Membawa Berkat
Sila klik pada gambar untuk melihat gambar sepenuhnya
Aktiviti : Program Amali Sembelihan 2016 Tempat : Pt. Sikom Esplanade Tarikh : 18hb. Disember 2016 Masa : 1800 – 2300
Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar. Setelah melakukan aktiviti amali sembelihan disebelah petang, aktiviti seterusnya adalah Majlis BBQ di Pt. Sikom Esplanade. Disamping itu, majlis penyampaian sijil penyertaan turut disampaikan kepada para peserta yang terlibat.
Majlis menjemput semua ahli keluarga peserta untuk turut sama hadir pada majlis tersebut, disamping dapat merapatkan hubungan kekeluargaan diantara para peserta semua.
Kami juga ingin merakamkan ribuan TERIMA KASIH kepada mereka yang menyumbangkan wang ringgit atau tenaga bagi menjayakan lagi majlis ini.
Insha Allah, di masa mendatang ini kami akan menjalankan pelbagai aktiviti kelak. Segala maklumat akan diwar-warkan apabila aktiviti hendak dijalankan.
Aktiviti : Program Amali Sembelihan 2016 Tempat : Surau Nurul Falah, Pekan Parit Sikom &Pt. Sikom Esplanade Tarikh : 18hb. Disember 2016 Masa : 1330 – 1800
Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar. Sesi penerangan Penyembelihan Halal: Konsep dan Penghayatan telah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Amin Bin Bachok dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
Peserta terdiri daripada para pelajar dan penduduk sekitar kawasan ini. Program ini adalah anjuran Surau Nurul Falah, Pekan Parit Sikom yang digerakan oleh Biro Rakan Muda Surau Nurul Falah Dan Biro Teknologi & Maklumat.
Terimakasih kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat.