PONTIAN –
TENGGAYUN
SUNGAI
BUNYI
Setelah selesai meninjau ke utara dan sempadan antara daerah Pontian dengan
Batu Pahat kita kembali semula ke Bandar Pontian dan membuat perjalanan ke arah
Johor Bahru. Kira-kira 2 kilometer dari Bandar Pontian kita temui Kampung Duku
kerana di kawasan ini memang banyak terdapat pokok duku. Kita teruskan
perjalanan dan kita akan temui simpang menunjukkan jalan ke kampung Sungai
Bunyi. Pada masa mula-mula di teroka di sungai ini sering kedengaran bunyi
tangisan. Ini samalah seperti yang berlaku pada kampung Parit Puteri Menangis.
Lantaran itulah kampung ini dinamakan Sungai Bunyi.
SERI
BUNIAN
Kita terus mara ke hadapan dan kita temui Seri Bunian. Kampung ini dahulunya
dikenali sebagai kampung batu 33 dan bersebelahan dengan Sungai Bunyi.
Penduduk-penduduk kampung ini adalah pandatang-pendatang dari Jawa. Orang-orang
Jawa di sini menyebut Sungai Bunyi dengan sebutan ‘Sungei Boni’. Pada tahun
1950an orang-orang kampung secara gotong-royang telah mendirikan sekolah
(sekolah rakyat) dan menamakan sekolah ini dengan nama Sekolah Melayu Seri
Bunian iaitu perubahan dari ‘Sungai Boni’ dan mengingatkan kepada nama lagu
Puteri Bunian. Dari nama sekolah ia berubah menjadi nama kampung kerana
dirasakan nama Seri Bunian ini amat indah dan menarik.
TENGGAYUN
Kita masuk ke Kampung Seri Bunian seterusnya ke dalam lagi kita temui kampung
Tenggayun. Kampung ini diteroka dan dibuka oleh penghijrah-penghijrah dari Jawa
sekitar tahun-tahun 1920an. Nama ‘Tenggayun’ adalah dari bahasa Jawa yang
bermakna sejenis pokok yang buahnya seperti buah durian. Dalam Kamus Dewan
‘tenggayung’ disebutkan sebagai sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya dijadikan
perkakas rumah), Parartocarpus trianda. Kita berpatah balik untuk menuju ke
Johor Bahru. Kita sampai ke simpang yang
menunjukkan arah ke Parit Selangor.
menunjukkan arah ke Parit Selangor.
KESIMPULAN
Sebahagian besar kampung-kampung tradisional terutama yang terletak di tepi
jalan besar dari Kukup di selatan membawa ke Tampok di utara sedikit
sebanyaknya telah terakam mengenai asal usul namanya. Demikian pula asal
mulanya kampung-kampung dan tempat-tempat di jalan besar antara Pontian Kechil
ke Ulu Choh. Namun terdapat puluhan kampung dan tempat lagi dalam mukin-mukim
di daerah Pontian ini yang tidak diketahui asal mula namanya.
Para
pembaca sendiri hendaknya dapat turut sama untuk menyelidik dan mengetahui asal
usul nama kampung atau tempat ini. Dengan ini anda turut sama memahami,
mengenali, mempelajari dan mencintai sejarah negara dan bangsa sendiri.
RESPONDEN:
- Tuan Hj. Misran Hj. Nor, Penghulu Mukim Ayer Baloi, Pontian
- En. Ilham Mahujan, Penghulu Jeram Batu – Pangkalan Raja, Pontian
- Tuan Hj. Mokhtaram Rabidin, Bekas Anggota Parlimen Kawasan Pontian dan Bekas Pengetua Sekolah Datuk Ali Haji Ahmad, Pontian
- Tuan Hj. Mohd. Arif Ghazali, Bekas Setiausaha Datuk Ali Haji Ahmad,Pontian
- Tuan Hj. Abas Sahidin, Ketua Kampung Parit Keroma, Ayer Baloi, Pontian
- Tuan Hj. Abu Bakar Othman, Bekas Guru Sekolah Rendah di Pontian
- Tuan Hj. Yaakub Mohd. Sham, Bekas Guru Sekolah Rendah di Pontian
- Tuan Hj.. Sulaim
- Tuan Hj. Shamsi Adnan, Bekas Penghulu di Pejabat Daerah Pontian
- Tuan Taib, Bekas Guru Sekolah Rendah di Pontian
- Tuan Hj. Abd. Rahman Abd. Manan, Bekas Pekerja Sek. Keb. Sanglang, Pontian
- Tuan Hj. Shamsudin Ahmad, Bekas Guru Sekolah Rendah di Pontian
- Tuan Haji Abd.Wahab Ahmad, Bekas Guru Sekolah Rendah di Pekan Nanas,
Rujukan Artikel klik sini