Sejarah
Kampung Kayu Ara Pasong
1.
Kampung
Kayu Ara Pasong dibuka pasa tahun 1911.
2.
Nama
Pelopor orang yang membuka kampong ini dari awal :
a) Haji
Ali bin Quribon – Berasal dari Kampung Kemeri Pondok Tebu
Hitam, Indonesia.
b) Haji
Tahir bin Sarpo – berasal dari Ndjowono, Indonesia
c) Haji
Siraj bin Binyamin – berasal dari Madion, Indonesia
d) Mohd
Esa bin Abdullah – berasal dari Meglan, Indonesia
e) Haji
Abdul Rahman bin Abdullah (Tukang kebun Almarhum Sultan
Abu Bakar, Johor)
3. Nama-nam
yang menyertai kemudian :
a) Haji
Hassan bin Pardi - berasal dari Ndjowono, Indonesia
b) Haji
A. Kadir bin Omar - berasal dari Kendal, Indonesia
c) Sardi
bin Worokerto - Berasal dari Kampung Nalum Seri Surabaya, Indonesia.
4. Pertemuan
antara pembuka Kampung Kayu Ara Pasong.
Pada
awalnya mereka membuat pertemuan di Singapura kerana pada zaman pelayaran,
setiap pelayaran diketuai oleh seorang Syeikh, ini bagi memudahkan
pelayar-pelayar itu mendarat. Mereka
selalu bertemu di masjid Sultan, Singapura dimana lepas sembahyang antara mereka berkenalan dan
mengaku yang masing-masing dating dari
Indonesia (Tanah Jawa).
5. Tujuan
datang ke Singapura
Tujuan
mereka meningalkan tanah air (Tanah Jawa) ialah berhasrat untuk membuka kebun
bagi menyara hidup mereka. Dengan
keazaman dan cerita yang tersebar bahawa di Pekan Kukup ramai yang Berjaya
membuka kebun, mereka pun dating ke Pekan Kukup. Setibanya di Pekan Kukup kumpulan ini mencari
tempat tumpangan buat beberapa hari.
Kumpulan
ini mendapat berita daripada orang-orang Kukup bahawa pembukaan tanah banyak
berlaku di Kuala Perhentian Besar yang sekarang dikenali sebagai Pontian
Besar. Dari Pekan Kukup Laut, mereka
bertolak ke utara dengan menyusuri tepian Kukup hingga sampai ke Kuala
Perhentian Besar dan kumpulan ini diketuai oleh Haji Ali bin Quribon.
6. Sampai
ke Kuala Sungai Perhentian Besar.
Setelah
sampai di Kuala Sungai Perhentian Besar, mereka dapati penduduk di Kuala
Perhentian Besar ini sangat ramai dan banyak perahu, jalur dan sampan yang
digunakan untuk mengangkut barang-barang dan menghantar barang-barang tersebut
kepada pedagang-pedagang luar. Kumpulan
ini tinggal di Kuala Sungai Perhentian Besar untuk beberapa hari. Mereka mendapat berita bahawa banyak hutan di Hulu Sungai Perhentian
Besar yang masih belum ditebang dan diterokai tetapi tempat tersebut sangat
merbahaya.
![]() |
Perahu jalur yang diperbuat daripada kulit kayu. |
Perahu jalur dari batang pokok yang ditarah dan ditebuk. |
7. Tekad
Bersatu Padu
Setelah
berbincang, maka Haji Ali bin Quribon dan isterinya yang bernama Ibu Kasmunah
bt. Abdullah dan rakan-rakannya yang setia terus bertolak ke Ulu Sungai
Perhentian Besar dengan perasaan tabah dan berani. Setelah berjalor di sungai selama sehari,
mereka pun sampai ke sebuah kawasan di mana kawasan ini sungainya berteluk dan
besar serta pokok-pokok di tepi sungai sangat baik.
Di
sebelah kiri teluk itu terdapat satu anak sungai yang terusannya ke darat, dan
mereka pun memberhentikan jalor atau perahu untuk mendarat. Anak sungai itu menjadi pelabuhan kecil bagi
kumpulan itu. Mereka pun bermalam
semalaman di anak sungai tersebut.
Selepas sembahyang mereka berdoa memohon kepada Illahi semoga cita-cita
membuka kampong ini mendapat kejayaan.
Pada
keesokan harinya, Haji Ali bin Quribon memang terkenal di Indonesia sebagai
Kiyaai dan alim serta pandai menyatukan sahabat-sahabatnya. Mereka pun memulakan kerja menebas dan
menebang pokok dengan berani sehingga Berjaya membuka kampong yang baru.
8. Memberi
Nama Kampung
Setelah
beberapa bulan meneroka kebun yang belum diberi nama, kebun yang diteroka
semakin besar dan menjadi sebuah kampong.
Haji Ali, Haji Tahir dan Haji Siraj yang kemudiannya menjadi Penghulu
dan Haji Tahir menjadi Ketua Kampung (Gelaran Pak Tahir Menteri) bersependapat
dengan cadangan daripada Haji Ali. Di
tepi anak sungai terdapat sebatang pokok Kayu Kasih yang sangat besar dan pada
Kayu Kasih ini ada terlekat pokok Kayu Ara sebatang dan di bahagian bawahnya
bercabang dua.
Jika
di pandang sekali imbas seolah-olah pokok Kayu Ara ini memasong pokok Kayu
Kasih. Pandangan waktu malam pula seolah-olah seorang yang sedang di
pasong. Maka ketiga-tiga perwira itu pun
bersetuju memberikan nama kampong yang dibuka oleh mereka dengan Kampung Kayu
Ara Pasong dan kekal sehingga sekarang.
Dalam
hubungan kerja-kerja meneroka kebun, Haji Siraj bin Bunyamin dan Sikom bin Mohd
Esa menjadi pengiring yang menemui Tuan Pegawai Daerah Kukup ( Yang bernama Wan
Hussein ). Setelah diperkenankan oleh Tuan Pegawai Daerah maka rasmilah kampung
Kayu Ara pasong.
Pada
tahun 1916, tuan Pegawai Daerah telah mengishtiharkan Haji Siraj menjadi
Penghulu dan Haji Tahir menjadi Ketua Kampung. Pekan Perhentian Besar ( Sungai
Pontian Besar sekarang )menjadi tumpuan peneroka untuk mencari bahan-bahan
makanan serta alat-alat kerja dan orang-orang Daerah Kukup juga ke Sungai
Perhentian Besar dengan menaiki perahu, Akhirnya pada tahun 1920 kampung Kayu
Ara Pasong telah dibuka dengan luas kira-kira 300 ekar dan dari tahun 1920
hingga 1925 kampung ini telah didatangi oleh peneroka-peneroka baru dari
beberapa tempat.
Kampung
Kayu Ara pasong hingga ke kampung Pt.Hj.Siraj dan kampung Pt.Hj.Abd Wahab
kumpulan dari Perak dan kampung Pt.Sulaiman dari kumpulan orang-orang Muar dan
Johor Baharu. Pada tahun 1929 hingga 1935 Sikom mengetuai satu kumpulan membuka
Kampung Parit Sikom bersama Haji Ariff bin Othman hingga kekal nama kampung
Parit Sikom hingga ke seberang Sungai Pontian Besar ( Parit Sikom Ulu, Mukim
Pontian ).
10.Kesan Sejarah.
Dari
sejarah pembukaan kampung Kayu Ara Pasong dan beberapa Kampung yang lain,
adalah ekoran dari terbukanya satu kawasan yang dikatakan sangat merbahaya,
kerana pada waktu itu terdapat binatang-binatang buas dan kadang-kadang
menimbulkan seram di satu-satu kawasan.
Terdapat
satu kubur Allahyarhamah Ibu Kasmunah bt Abdullah (isteri Haji Ali bin Quribon)
dikebumikan hanya 20 rantai sahaja dari tempat pembukaan Kampung Kayu Ara
pasong dan kesan-kesan sejarah yang lain telah tertimbus kerana perlaksanaan
Rancangan Johor Barat.
Bermula
daripada tahun Kampung ini dibuka hingga tahun 1981, sejumlah 3000 ekar telah
meliputi kampung-kampung berikut:-
a) Kampung
Kayu Ara Pasong
b) Kampung
Pt. Hj. Siraj
c) Kampung
Pt. Sulaiman dan Jln Kolam Air
d) Kampung
Pt.Sikom, Kayu Ara Pasong dan beberapa lapis jalan dan kampung yang telah
diteroka dengan baik dan sempurna mengikut sistem pembahagian setiap orang
peneroka menerima 5 ekar, dan jumlah penduduk mencecah 3000 orang dengan luas
kawasan 7 batu persegi.
e) Kampung
Pt.Hj.Abd Wahab.
Gambar Pontian Besar - 30 Julai 1949
Sedikit info :
Perahu yg terdapat di sebelah kanan gambar ialah BEDAR, Perahu yg belayar dari Terengganu yang menghantar garam dan lain keperluan ke serata pelusuk nusantara termasuk ke Pontian
Kredit FB
: Dapunta Hiyang
No comments:
Post a Comment