AKTIVITI JKKKP



  • Menerima dan melaksanakan arahan serta tugas yang diberikan oleh pengerusi dan keputusan mesyuarat JKKKP.
  • Memberi pandangan dan pendapat mengenai perancangan pembangunan sosio-Ekonomi dan fizikal kampung dalam mesyuarat JKKKP.
  • Bersedia menerima dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab termasuk mengetuai ajk biro-biro yang ditubuhkan.
  • Menghormati dan akur terhadap keputusan mesyuarat JKKKP.
  • Membantu pengumpulan maklumat kampung dan memaklumkan kepada JKKKP.
  • Menyimpan rahsia rasmi mesyuarat JKKKP.
  • Jawatankuasa kecil yang dibentuk untuk membantu merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti yang di laksanakan.
  • Menerima arahan dan melaksanakan keputusan JKKKP.
  • Mengenalpasti keperluan program / projek pembangunan berasaskan kepada maklumbalas daripada penduduk.
  • Mengadakan mesyuarat biro dan menyimpan maklumat dengan selamat.
  • Mengadakan mesyuarat JKKK untuk mencapai keputusan mengenai keutamaan projek yang dicadangkan dan untuk mengesahkan kaedah pengumpulan data.
  • Meneliti keperluan dan menentukan keutamaan.
  • Program / projek yang di laksanakan perlu dipantau oleh pihak JKKKP. Maklumbalas mengenai perlaksanaan perlu  disampaikan melalui Penghulu kepada Pegawai Daerah supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat segera.
  • Profil kampung adalah dokumen yang mengandungi maklumat terperinci berasaskan data-data yang dikumpul dan di jadikan sebagai panduan dalam penyediaan pelan tindakan pembangunan kampung.
  • JKKKP perlu mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan pendapatan bagi mengisi tabung kewangan dalam usaha memupuk semangat berdikari untuk memajukan kampung.
  • JKKKP bertanggungjawab memelihara dan memastikan harta  awam dalam kampung  sentiasa berkeadaan baik dan boleh  digunakan.

No comments:

Post a Comment