Thursday, 2 February 2017

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2016 - PT. SIKOM ESPLANADE

Aktiviti : Program Amali Sembelihan 2016
Tempat : Pt. Sikom Esplanade
Tarikh : 18hb. Disember 2016
Masa : 1800 – 2300
Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar. Setelah melakukan aktiviti amali sembelihan disebelah petang, aktiviti seterusnya adalah Majlis BBQ di Pt. Sikom Esplanade. Disamping itu, majlis penyampaian sijil penyertaan turut disampaikan kepada para peserta yang terlibat.
Majlis menjemput semua ahli keluarga peserta untuk turut sama hadir pada majlis tersebut, disamping dapat merapatkan hubungan kekeluargaan diantara para peserta semua.
Kami juga ingin merakamkan ribuan TERIMA KASIH kepada mereka yang menyumbangkan wang ringgit atau tenaga bagi menjayakan lagi majlis ini.
Insha Allah, di masa mendatang ini kami akan menjalankan pelbagai aktiviti kelak. Segala maklumat akan diwar-warkan apabila aktiviti hendak dijalankan.
SYABAS DAN TERIMA KASIH SEMUA

Klik pada gambar
Klik pada gambar

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN 2016 - SURAU NURUL FALAH

Aktiviti : Program Amali Sembelihan 2016
Tempat : Surau Nurul Falah, Pekan Parit Sikom &Pt. Sikom Esplanade
Tarikh : 18hb. Disember 2016
Masa : 1330 – 1800
Alhamdullillah, program berjalan dengan lancar. Sesi penerangan Penyembelihan Halal: Konsep dan Penghayatan telah di sampaikan oleh Ustaz Mohd Amin Bin Bachok dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor.
Peserta terdiri daripada para pelajar dan penduduk sekitar kawasan ini. Program ini adalah anjuran Surau Nurul Falah, Pekan Parit Sikom yang digerakan oleh Biro Rakan Muda Surau Nurul Falah Dan Biro Teknologi & Maklumat.
Terimakasih kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat.

Sila klik disini


Sunday, 16 October 2016

Perasmian Gerai Rakyat Parlimen Pontian Kg. Parit Sikom

Tarikh  : 6hb. Oktober 2016 / 5 Muharram 1438H (Khamis)
Masa   : 3.30 petang
Lokasi  : Tapak Gerai Rakyat Parlimen Pontian Kg. Parit Sikom

Di rasmikan oleh :
YB. Datuk Ahmad Bin Haji Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia



Klik sini untuk gambar sekitar hari perasmian