SEJARAH
Nama
Pontian adalah dipercayai berasal daripada perkataan `PERHENTIAN' yang
bermaksud tempat persinggahan yang mana pada zaman dahulunya ia menjadi tempat
persinggahan bagi kapal-kapal dan perahu yang menggunakan Selat Melaka sebagai jalan
perhubungan antara Melaka dan Singapura.
Terletak
di Pantai Barat Negeri Johor dengan bersempadankan Daerah Kluang dan Johor
Bahru di bahagian Timur, Daerah Batu Pahat di Barat Laut dan Selat Melaka
dibaratnya. Seorang Saudagar Arab, Tuan Syed Muhamad Alsagoff adalah merupakan
orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan Daerah Pontian yang hanya pada
masa itu hanya bermula sebagai sebuah estet dalam tahun 1878, dan di bawah
pemerintahan "Maharaja Sultan Abu Bakar" Pontian adalah sebuah daerah
terkecil dinegeri Johor Darul Ta'zim.
Ia
terletak di sebelah Selatan Semenanjung Malaysia, bersempadankan Selat Melaka,
Selat Johor, Sungai Pulai, Gunung Pulai dan Sungai Tampok. Walaupun begitu,
daerah Pontian mempunyai keistimewaannya iaitu sebagai destinasi pelancongan
yang menarik. Umpamanya, Pengistiharaan Tanjung Piai sebagai Tanah Pengujung
Benua Asia yang menjadikan daerah Pontian sebagai tarikan pelancong yang perlu
dilawati.
Seperti
kebanyakan daerah di Malaysia ini, penduduk Pontian adalah terdiri daripada
kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Kehidupan bersama yang telah mereka lalui
sejak beratus tahun lalu telah dapat mewujudkan satu suasana harmoni, saling
memahami, tolong menolong walaupun menganut agama dan budaya yang agak berbeza.
Pusat
perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang
terbangun disebelah menyebabkan muara sungai yang punya nama yang sama. Pusat
perniagaan di Daerah Pontian adalah dibandar Pontian Kecil, sebuah bandar yang
terbangun disebelah menyebabkan muara sungai yang punya nama yang sama.
Terdapat
satu pekan kecil yang diberi nama Pontian Besar. Pekan ini sebenarnya jauh
lebih kecil dari bandar Pontian Kecil. Ia mendapat panggilan "besar" itu disebabkan sungai
yang terdapat berhampirannya adalah Sungai Pontian Besar.
PONTIAN KE KUKUP
PENEROK
Dari
Permas kita bergerak menghala ke bandar Pontian. Kita sampai di Kukup Golf
Resort seterusnya pekan Penerok. Ada pendapat mengatakan bahawa nama ‘penerok’
ini berpunca dari keadaan sungai di sini yang begitu berliku-liku dan
berbelok-belok hingga menyusahkan dan menerukkan orang-orang yang melaluinya.
Orang-orang mengenangkan sungai ini sebagai ‘peneruk’ atau penyusah. Ada pula
orang mengatakan bahawa nama ‘penerok’ berpunca dari banyaknya nyamuk terok di
sini.
TELUK KERANG
Kerana
mahu mengelakkan gigitan nyamuk terok kite teruskan perjalanan lagi dan sampai
ke Teluk Kerang. Mendengar sebutan Teluk Kerang amat mudah kita membuat andaian
bagaimana tempat ini memperoleh namanya. Keadaan tanah pantai laut kawasan ini
memeng berteluk dan banyak dipenuhi dengan kulit-kulit kerang. Oleh sebab
itulah ia dinamakan Teluk Kerang.
RAMBAH
Selepas
Peradin dan Parit Jerman kita pulang semula ke Teluk Kerang dan menuju arah ke
Bandar Pontian dan sampai ke pekan Rambah. Dipercayai nama ‘Rambah’ berpunca
dari perkataan Jawa ‘rambah’ yang bererti meneroka dan membuka kebun. Ini
disebabkan pada tahun-tahun 1870an dan 1880an kawasan ini adalah kawasan yang
diteroka dan dibuka oleh Syed Muhammad Alsagoff yang mendapat hak konsesi
membuka kawasan Kukup dari Sultan Abu Bakar Johor. Beliau banyak menggunakan
tenaga buruh dari Tanah Jawa. Besar kemungkinan buruh-buruh Jawa inilah yang
turut sama ‘merambah’ atau meneroka kebun di kawasan ini dan selalu
menyebut-nyebut perkaaan ‘rambah’ sesama mereka. “Aku arep lungo merambah” (aku
hendak pergi meneroka kebun), begitulah kira-kira dialognya.
Pendapat
lain pula mengatakan bahawa perkataan ‘rambah’ berpunca dari perbuatan
mengambil daun tumbuh-tumbuhan dengan cara menebas, atau menebang. Dalam Kamus
Dewan perkataan ‘rambah’ diberi pengertian seperti berikut: rambah,merambah
1.menebas, menebang (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat 2. meneroka (membuka)
hutan, merintis (jalan) 3. metampat (memarang, memukul, menembak, menyebat,
dll)
RIMBA TERJUN
Kita
terus mara ke arah Bandar Pontian dan bertemu Rimba Terjun. Perkataan Rimba
Terjun adalah berpunca dari keadaan tanah hutan pada bahagian pantai kampung
ini banyak dihakis oleh pukulan ombak laut. Dengan sebab ini juga terdapat
tanah di tepi pantai ini yang keluasannya telah kurang dari sepatutnya.
Umpamanya dalam geran tanah tertulis 5 ekar sedangkan keluasan tanah yang ada
cuma 4 ekar, kerana tanah rimbanya yang satu ekar lagi telah ‘terjun’ ke air.
Rujukan Artikel klik sini
No comments:
Post a Comment