Projek Gerai Rakyat 1 Malaysia di Kampung Pt. Sikom sedang dalam pembinaan. Dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mei 2016.
Tuesday, 12 April 2016
Tuesday, 5 April 2016
Sunday, 3 April 2016
PROGRAM JOM SIHAT – 10,000 LANGKAH
Tarikh : 29hb. Mei 2015 (Jumaat)
Masa : 7.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : Parit Kayu Ara Pasong, Pontian.
Anjuran Bersama :
FAKTA BERJALAN
10,000 LANGKAH
FAEDAH BERJALAN KAKI
TEKNIK-TEKNIK BERJALAN DENGAN BETUL
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
Masa : 7.00 pagi – 11.30 pagi
Lokasi : Parit Kayu Ara Pasong, Pontian.
Anjuran Bersama :
- JKKK Kawasan 3, Mukim Api-Api
- Pejabat Kemas Daerah Pontian
- Pusat Kesihatan Kayu Ara Pasong
- Kawasan Rukun Tetangga Pekan Parit Sikom
Bagi
menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam
melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan
Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009.
Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke
atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding
lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III)
pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif).
Rakyat Malaysia terutamanya
golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah
obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan
Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif.
Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah
sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih
aktif.
- Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)
- Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah
- Secara purata 1minit = 100 langkah
- Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan anggarannya akan mengurangkan 64 gram lemak.
- Untuk membakar nilai kalori
untuk sekeping roti canai biasa kita perlu berjalan selama 60 minit tanpa henti
sejauh 4.8 kilometer.
(Bagi individu yang mempunyai berat badan 70kg)
Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara
konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
- Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah.
- Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
- Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat.
- Mengekalkan kekuatan otot.
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
- Mampu meningkatkan keyakinan diri.
Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi.
- Tegakkan postur badan. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai.
- Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita.
- Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan.
- Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti.
- Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan.
- Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari.
- Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalam seminggu.
Klik pada gambar
MAJLIS PECAH TANAH GERAI RAKYAT PARLIMEN PONTIAN
Perkara : Majlis Pecah Tanah Gerai Rakyat (GR1M)
Tarikh : 29hb. Oktober 2015
Lokasi : Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom, Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor
Di rasmikan oleh :
YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Merangkap Ahli Parlimen Pontian
Kadar sewa serendah RM100 sebulan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan, namun peniaga perlu memastikan kualiti barangan yang dijual adalah bermutu walaupun pada harga rendah di samping sentiasa menjaga nama baik GR1M.
Sumber
Tarikh : 29hb. Oktober 2015
Lokasi : Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom, Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor
Di rasmikan oleh :
YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Merangkap Ahli Parlimen Pontian
Beberapa lokasi Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) di daerah ini telah dikenal
pasti dalam usaha melahirkan lebih ramai peniaga dan usahawan kecil ekoran
kejayaan lima buah GR1M fasa pertama.
Kewujudan GR1M diharap dapat mencetuskan gelombang baru supaya masyarakat
luar bandar turut sama menjayakan transformasi ekonomi seperti yang dijalankan
kerajaan.
Ia diwujudkan dengan konsep pembinaan gerai yang disewakan kepada usahawan
dan peniaga bumiputera berbanding Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan
oleh kerajaan Pusat.
GR1M
Parlimen Pontian diharap menjadi contoh kepada mana-mana agensi yang berminat
melahirkan usahawan kecil melalui kos pembinaan yang rendah berbanding sebuah
bangunan, carian tapak niaga yang selesa dan lokasi strategik.
Kadar sewa serendah RM100 sebulan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan, namun peniaga perlu memastikan kualiti barangan yang dijual adalah bermutu walaupun pada harga rendah di samping sentiasa menjaga nama baik GR1M.
Sumber
Sekitar Majlis Pecah Tanah di Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom,
Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian,
Johor
MESYUARAT AGUNG PIBG SKKAP
Ketua Kampung Kawasan 3 iaitu En. Khanafi bin Sarbini telah dijemput oleh pihak SK Kayu Ara Pasong untuk turut serta dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34/2016 pada 1hb. April 2016 hari Jumaat jam 8.00 pagi.

Gambar dari SKKAP
Subscribe to:
Posts (Atom)