Tarikh : 29hb. Oktober 2015
Lokasi : Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom, Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor
Di rasmikan oleh :
YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Merangkap Ahli Parlimen Pontian
Beberapa lokasi Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) di daerah ini telah dikenal
pasti dalam usaha melahirkan lebih ramai peniaga dan usahawan kecil ekoran
kejayaan lima buah GR1M fasa pertama.
Kewujudan GR1M diharap dapat mencetuskan gelombang baru supaya masyarakat
luar bandar turut sama menjayakan transformasi ekonomi seperti yang dijalankan
kerajaan.
Ia diwujudkan dengan konsep pembinaan gerai yang disewakan kepada usahawan
dan peniaga bumiputera berbanding Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan
oleh kerajaan Pusat.
GR1M
Parlimen Pontian diharap menjadi contoh kepada mana-mana agensi yang berminat
melahirkan usahawan kecil melalui kos pembinaan yang rendah berbanding sebuah
bangunan, carian tapak niaga yang selesa dan lokasi strategik.
Kadar sewa serendah RM100 sebulan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan, namun peniaga perlu memastikan kualiti barangan yang dijual adalah bermutu walaupun pada harga rendah di samping sentiasa menjaga nama baik GR1M.
Sumber
Sekitar Majlis Pecah Tanah di Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom,
Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian,
Johor
No comments:
Post a Comment