JKKKP


Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (Persekutuan) atau JKKKP merupakan jawatankuasa peringkat kampung yang dilantik oleh kerajaan persekutuan bagi mentadbir , mengurus dan memajukan setiap kampung.JKKKP telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.
JKKKP adalah ejen pembangunan di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbiran kerajaan, yang bertindak sebagai penghubung di antara agensi agensi kerajaan dengan rakyat dan bertanggungjawab menyebarkan maklumat berkaitan program program kerajan yang di laksanankan unutk kesejahteraan rakyat.JKKKP merupakan unit pelaksana dasar dasar kerajaan di peringkat yang paling hampir dengan rakyat, di samping menjadi ejen menyalur aspirasi rakyat kepada peringkat yang paling tinggi.

Sebagai kumpulan yang paling hampir dengan masyarakat kampung, JKKKP bertanggungjawab di dalam mentadbir dan memajukan sesebuah kampung dan menjadikan badan penggerak utama di dalam menggembleng sumber tenaga,pembangunan dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk wrga desa yang berdaya maju serta inovatif.

Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.

JKKKP yang telah dibentuk perlu membuat perancangan kemajuan kampung dengan mewujudkan pelan tindakan pembangunan berdasarkan kepada keperluan penduduk mengikut keutamaan

No comments:

Post a Comment