FUNGSI UTAMA JKKKP



FUNGSI UTAMA JKKKP

1.  Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pembangunan kampung ke arah mewujudkan kampung yang maju, menarik dan menguntungkan.

2.    Mengurus kemajuan dan keselamatan kampung bagi membentuk kampung yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

3.    Mewujudkan masyarakat yang bersatu padu melalui penyertaan aktif penduduk dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan ke arah melahirkan masyarakat yang progresif dan mengamalkan nilai-nilai murni serta mendukung dasar-dasar harapan kerajaan.

4.      Menyampaikan maklumat, memberi penjelasan dan mengambil tindakan mengenai arahan-arahan kerajaan.

5.   Menjadi penghubung antara penduduk kampung dengan kerajaan dan badan-badan bukan   kerajaan.

6.    Berusaha meningkatkan kerjasama penduduk kampong  dengan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.

7.     Memupuk, menggalak serta meningkatkan semangat bekerja,     bermuafakat, persefahaman dan tolong-menolong di kalangan     masyarakat.

8.    Menggalakan penduduk kampung menjaga kebersihan persekitaran dan kemudahan awam melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.

9.      Menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung.

10. Membantu agensi kerajaan yang berkaitan menjalankan kegiatan khidmat nasihat dan penguatkuasaan undang-undang mencegah wabak penyakit berjangkit.

11.  Memberikan sokongan untuk mendapat khidmat nasihat dari jabatan-jabatan berkaitan berhubung usaha untuk memajukan tanah kampung.

12.  Memberi kesedaran kepada penduduk kampung untuk menjaga dan menghargai semua harta atau kemudahan awam.

No comments:

Post a Comment