Tuesday 22 March 2016

Gambar Kenangan 1961

Kenangan Perjumpaan Selamat Hari Raya AidilFitri
Pemuda Pemudi Parit Sikom
22hb. Mac 1961



Saturday 19 March 2016

CERAMAH KESIHATAN DAN PROGRAM KITAR SEMULA

Program : Ceramah Kesihatan, Program Kitar Semula, SAS dan Demo Komposting

Tarikh     : 19 Mac 2016

Masa      : 08.00 pg - 12.30 tengahari

Tempat  : Dewan Serbaguna, Pekan Parit Sikom, Pontian

Anjuran Bersama : 

  1. JKKK Kawasan 3, Mukim Api-Api
  2. PPSPPA/SWCorp
  3. Pusat Kesihatan Pontian / Kayu Ara Pasong 
  4. Pertubuhan Peladang Kawasan Ayer Baloi / Unit Prt Hj. SIraj
  5. KRT Pekan Parit Sikom
  6. Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ)

Acara  Yang Diadakan :-
  • Pemeriksaan Kesihatan,
  • Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (Kelas Tadika)
  • Pembuatan Baja Kompos.

Sunday 13 March 2016


PEMENANG Anugerah Desa Cemerlang Parlimen Pontian gembira bersama Mukhriz Mahathir (tengah) dan Ahmad Maslan di Pontian, baru-baru ini.





PONTIAN 26 Januari 2012.

Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi dekat sini muncul juara dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2011 peringkat Parlimen Pontian dengan menewaskan tujuh kampung lain di peringkat akhir, membolehkannya membawa pulang wang tunai RM25,000 serta projek pembangunan bernilai RM150,000.

Ketua Kampung Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Ahmadon Md. Som berkata, kemenangan itu merupakan kejayaan buat kira-kira 2,000 penduduk Kampung Puteri Menangis melalui moto IPPLIK yang dipetik daripada perkataan jawa, ponorogo yang bermaksud sentiasa bekerja sepanjang masa.
“Melalui moto itu, penduduk di sini yang kebanyakannya berketurunan Jawa mampu meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi dalam bidang pertanian. 

“Kampung Puteri Menangis juga melahirkan ramai kontraktor dari kelas F sehingga kelas tinggi dan mampu membina projek jutaan ringgit.

“Hadiah kemenangan RM25,000 akan digunakan bagi meningkatkan lagi keceriaan serta menambah baik kemudahan sedia ada bagi bertanding di peringkat daerah dan negeri,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Tun Dr. Mahathir sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Tempat kedua disandang oleh Kampung Parit Haji Omar, Kampung Api-Api pula membawa pulang RM15,000 sementara Kampung Parit Marjunid, Sungai Pinggang di tempat ketiga dengan wang hadiah RM5,000.

Empat kampung lain yang layak ke peringkat akhir masing-masing menerima RM2,000 iaitu Kampung Kayu Ara Pasong. Kampung Parit Yassin, Kampung Permatang Palas dan Kampung Parit Makuasang.

Sementara itu, bagi Setiausaha JKKK Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Sapari Sohadi menyifatkan kejayaan tersebut cukup manis setelah semua pihak bertungkus-lumus sepanjang beberapa bulan yang lalu melalui produk inap desa yang telah berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.
“Inap desa itu sesuai bagi mereka yang mahukan suasana kampung dan mengikuti aktiviti pertanian yang dilakukan. 

“Kemenangan ini akan menjadi perintis kepada kejayaan lebih besar melalui gandingan generasi lama dan muda dalam pertandingan peringkat daerah nanti,” katanya.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

Saturday 12 March 2016

 
PONTIAN 28 Februari 2013.  
 
Setelah dua kali meraih tempat kedua, akhirnya Kampung Parit Marjunit, Sungai Pinggan, dinobatkan sebagai johan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Parlimen Pontian tahun ini dengan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 selepas menewaskan tujuh kampung tradisional lain.
 
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kawasan (3) Mukim Sungai Pinggan, Mohd. Kasmadi Suboh berkata, kejayaan Kampung Parit Marjunit merupakan kemenangan kesemua 1,480 penduduknya serta kampung lain di sekitarnya.
 
"Wang kemenangan ini akan kami gunakan untuk meningkatkan lagi keceriaan serta menambah baik kemudahan sedia ada bagi memenuhi setiap aspek penilaian yang diperlukan seperti landskap, keceriaan serta lain-laifn aspek penilaian untuk pertandingan di peringkat daerah nanti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian anugerah tersebut.
 
Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dataran Inap Desa Kampung Puteri Menangis, di sini semalam.
 
Sebanyak lapan kampung tradisional bertanding di peringkat akhir bagi merebut hadiah keseluruhan wang tunai berjumlah RM53,000 yang dianjurkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Pontian iaitu Kampung Jawa Ulu, Kampung Kayu Ara Pasong, Kampung Lubok Sipat, Kampung Parit Patah, Kampung Parit Sikom Ulu dan Kampung Parit Wahab.
 
Tempat kedua dimenangi Kampung Kayu Ara Pasong yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan ketiga Kampung Parit Patah dengan ganjaran RM5,000. Tujuh aspek yang dinilai dalam pertandingan ini adalah kepimpinan, pendidikan, ekonomi, kebersihan dan kesihatan, keceriaan dan keindahan, kerohanian dan sivik serta ICT dan teknologi maklumat.
 
Sumber maklumat disini