JATA JOHOR

JATA KERAJAAN JOHOR

jata-johor
Mahkota tanda kedaulatan Duli Yang Maha Mulia Sultan. Empat bintang di sudut perisai putih itu menandakan empat jajahan asal negeri iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Endau.

Sementara bintang dan anak bulan di tengah pula melambangkan agama Islam. Dua ekor harimau melambangkan keberanian dan kekuatan.

Lukisan yang berbunga-bunga disebelah bawah perisai maksudnya gambir dan lada hitam, dua jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.

Cogan bagi negeri Johor dalam tulisan Jawi adalah “Kepada Allah Berserah”.


Untuk maklumat lanjut, sila klik gambar dibawah untuk penerangan lebih lanjut.
Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor
Laman Web Rasmi Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor

No comments:

Post a Comment