Wednesday, 20 February 2013

GAMBAR AKTIVITI & GOTONG ROYONG


Ketua Kampung bekerjasama dengan orang kampung dalam aktiviti gotong royong perdana



JKKK mendengar taklimat daripada YB Datuk Hj Ahmad Bin Hj Maslan




Muafakat membawa berkat




Bersama Pasukan Bomba Sukarela bergotong royong

CARTA ORGANISASI


PENASIHAT/PENGHULU

EN. RAZALI BIN HJ DAHLAN PIS



SETIAUSAHA

EN OSMAN BIN MANAF AMN. BAT
PENGERUSI

Hj OTHMAN BIN SAINI


BENDAHARI

EN IBRAHIM BIN BUJANG

BIRO PENDIDIKAN

EN MD RAZI BIN MD JIDI
BIRO EKONOMI

EN NOR ARIFFIN BIN SALIKIN
BIRO KEROHANIAN & SIVIK

TUAN HJ ROSLI BIN BAKIR

BIRO KEBERSIHAN & KESIHATAN

EN MUHAMMAD SAMSUL B. DANURI
BIRO KECERIAAN DAN KESIHATAN

PN JAMALIAH BT. SULAIMAN
BIRO ICT & IT

PN.NORHAFIZAH BT ABD KARIM

BIRO BELIA DAN SUKAN

EN MOHD RAHMAT B. ABD HUSSAIN
BIRO KEBAJIKAN

TN. HJ HARIS BIN RASHID
BIRO AGAMA

TN. HJ KASIRAN BIN SAIAN

BIRO KESELAMATAN

EN KHANAFI BIN SARBANI
BIRO WANITA DAN WARGA EMAS

PN PONIAH BT. JAIS
BIRO TIONG HWA

KONG KENG HOCK

MOTTO & LOGO







MAKSUD DAN TERJEMAHAN LOGO

  • LAPAN BINTANG                                                                                                      Melambangkan lapan buah rangkaian jalan / kampong dan perpaduan penduduk
  • POKOK                                                                                                                                Melambangkan nama kampong yang berasal dari nama pokok Kayu Ara dan warna hijau melambangkan kesuburan kampung.

Motto              : ‘Muafakat Membawa Berkat’ 
Cogankata    : Kampung Kita Tanggungjawab Kita’ bermaksud bersatu padu, bekerjasama, saling bantu membantu di antara satu sama lain atau apa juga perkara yang membawa kepada penyatuan masyarakat ke arah yang lebih baik.

VISI

KAMPUNG CEMERLANG, MASYARAKAT TERBILANG,NEGARA TERJULANG

MISI 
MENJADIKAN KAMPUNG KEARAH KECEMERLANGAN DALAM SEMUA BIDANG

   MATLAMAT
Membentuk masyarakat berilmu dan berteknologi. Membentuk kepimpinan aktif dan berdaya maju. Meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan penduduk. Mengindah dan menceriakan kampong. Meningkatkan prasarana.


PENGENALAN DAN SEJARAH RINGKAS KAMPUNG

Kampung Kayu Ara Pasong, Kawasan 3, Mukim Api-Api, terletak dalam kawasan Parlimen Pontian P144 dan kawasan DUN Pulai Sebatang N39, lebih kurang 15km dari Bandar Pontian ke Benut, kira-kira 13 km dari Pontian belok ke kanan melalui jalan Kayu Ara Pasong.Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor, telah diterokai pada tahun 1911 oleh beberapa orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Siraj Bin Abu Yamin. Nama kampung ini adalah mengambil sempena nama Sebatang pokok kayu ara. Ia terdiri daripada 8 buah kampung berangkai seperti berikut : Jalan Parit Sulaiman, Jalan Parit Hj. Wahab, Jalan Kolam Air, Jalan Parit hj. Siraj, Jalan Parit Kayu Ara Pasong, Jalan Lapis Satu barat, Jalan Lapis Satu Timur, dan Jalan Parit Sikom.Kini Kawasan Tiga Mukim Api-Api, Pontian, telah banyak mencapai kemajuan yang agak pesat dengan adanya Projek Johor Barat dan kemudahan-kemudahan asas yang telah Disalurkan oleh kerajaan kepada penduduk kawasan tiga ini.


                                                                    PETA NEGERI JOHOR




                                                                   PELAN KAMPUNG