MAKLUMAT UMUM


Seorang JKKKP mestilah mempunyai sifat-sifat terpuji yang akan memberi contoh teladan yang baik kepada penduduk setempat. Mereka yang dilantik hendaklah mengamalkan ciri-ciri berikut:
 
BERSIH : Mestilah Bersih dari segi fizikal dan moral yakni menjaga keterampilan diri atau imej, berfikiran positif, berniat baik, tidak sombong tidak mementingkan diri sendiri, tidak menyalahgunakan kuasa dan sebagai nya.

CEKAP: Mestilah seorang yang cekap dan produktif apabila menjalankan tugas. Mereka hendaklah mendahului dalam apajua halpun perkara yang berlaku dikawasan setempat. Ini bermakna mereka hendaklah mengambil tindakan yang segera sebelum aduan diterima dari penduduk kampung.

AMANAH: Sikap amanah adalah berkaitan dengan sikap keboleh percayaan dalam menjalankan tugas. Mereka hendaklah bertangungjawab dalam apa jua urusan yang berkaiatan JKKK seperti pengurusan kewangan, pengurusan hartabenda kerajaan dan juga awam, pengurusan projek dan tender kerajaan dan lain-lain lagi.

ADIL: Meletakkan sesuatu kepada hak nya atau disebut adil merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada dikalangan kepimpinan JKKK. Seorang JKKK mestilah adil dalam mengagihkan dan menyalurkan perkhidmatan mereka seperti keadilan dalam melayan aduan masyarakat tanpa memilih fahaman atau masalah peribadi, kerja penurapan jalan yang saksama....dan lain-lain.

KEKUATAN: Seorang JKKK mestilah mempunyai kekuatan yakni kekuatan
pengaruh dan sokongan dari majoriti penduduk setempat.Seseorang JKKK yang tidak mempunyai pengaruh dan sokongan akan menyebabkan segala tanggungjawab yang diberi tidak akan dapat berjalan dengan lancar dan sempurna.

BERTANGGUNGJAWAB: Jika perlantikan sudah dibuat maka ia bermakna seseorang JKKK mestilah bertanggungjawab atas segala keputusan dan tindakan yang dibuat. JKKK juga mestilah sedia berkhidmat pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.

BERDISIPLIN: Mestilah teratur dalam kehidupan harian nya dan pekerjaan nya. Ini bermakna JKKK mestilah mempunyai disiplin yang tinggi seperti menjaga ketetapan masa, menjaga penampilan diri, menjaga tingkahlaku, menjaga kehadiran dalam mesyuarat, mematuhi segala arahan pihak atasan dan lain-lain.

BERDIKARI: Amalan berdikari adalah amat penting bagi seorang JKKK, kerana ia merupakan salah satu kretaria utama kenapa seseorang itu layak untuk menjadi seorang JKKK. Seorang JKKK seharusnya mampu menjalankan tugas tanpa bergantung sepenuh nya dengan orang lain, mereka seharus nya mampu untuk mengusulkan keputusan dan tindakan dengan kebolehan dan keyakinan diri sendiri kecuali bagi kerja-kerja yang berat dan perlukan pertolongan orang lain maka barulah semangat gotong royong perlu diadakan. Mereka juga mestilah seorang yang boleh berdikari tanpa bantuan dari pihak kerajaan sepenuh nya seperti menguasahakan program perniagaan kampong yang mampu menjana wang bagi disalurkan kepada projek pembangunan sesebuah kampong.

Jelas ciri-ciri tersebut amat perlu kepada bakal JKKKP, walaupun secara realiti nya tidak semua perkara tersebut ada di dalam diri kepimpinan JKKKP, mereka seharusnya berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut kerana mereka telahpun dilantik sebagai seorang pemimpin. 

Oleh itu seorang JKKKP seharusnya sentiasa menilai diri sendiri dan berusaha membaiki segala kepincangan yang wujud. Ingatlah sikap kita akan mengambarkan respon atau tindakbalas yang akan diambil di dalam sesuatu perkara. JKKKP juga perlu mendidik masyarakat setempat untuk mengamalkan ciri-ciri tersebut demi untuk memastikan segala program dan projek dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan berkesan. Sekira nya seorang JKKKP itu merasa tidak mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut serta tidak sanggup untuk mengamalkan ciri-ciri yang digariskan diatas, maka silalah berundur dengan secara hormat dan terpuji.


Kita sering bertanya, apa pula tugas-tugas JKKKP

Apa yang mereka buat setiap hari?

Tugas JKKKP memang selalu menjadi perdebatan dikalangan warga kampong, ramai dari mereka agak keliru akan tugas dan tanggungjawab JKKKP .




JKKKP kampung anda melakukan tugas-tugas utama berikut:

  1. Merancang projek-projek pembangunan masyarakat yang boleh  meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi penduduk setempat.
  2. Merancang projek-projek pembangunan yang manakah harus  diberi keutamaan, terutama projek yang boleh dilaksanakan berasingan.
  3. Melaksanakan projek-projek yang diluluskan dengan bantuan samada secara gotong royong, kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta atau NGO. ( Tidak termasuk projek oleh agensi pelaksana seperti JKR, TNB, PBT dan lain-lain)  Menjadi pengantara antara penduduk kampung dengan pihak  kerajaan, swasta, NGO dan lain-lain.
  4. Bertanggungjawab bersama pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menilai projek-projek pembangunan yang dijalankan termasuk dari segi aspek prestasi, kesan-kesan dan kewajaran  projek tersebut. Seterusnya mereka akan membuat susulan, aduan dan tindakan yang perlu.
  5. Membuat peraturan-peraturan yang sesuai untuk perlantikan JKKKP dan ahli jawatankuasa kecil nya.
  6. Menyediakan profil kampung, mengemaskini bilik gerakan, mengemas kini bahan-bahan berekod, seperti minit-minit mesyuarat, surat-surat perjanjian, buku akaun-akaun yang berkaitan, surat-surat permohonan, resit-resit sumbangan dan lain-lain.
  7. Melaksanakan segala aktiviti yang difikirkan sesuai untuk pembangunan dan keceriaan setempat.
  8. Mengadakan siri mesyuarat untuk menilai prestasi kampong dan tindakan susulan yang perlu dibuat. (sekurang-kurang nya sekali dalam sebulan)
  9. Mengundang mereka yang difikirkan, seorang yang ahli dan pakar dalam sesuatu bidang untuk memberi nasihat dan panduan dalam mana-mana mesyuarat Jawatan kuasa.
  10. Sentiasa mengambil berat tentang apa jua perkara yang difikirkan boleh menimbulkan ancaman kepada keselamatan  kampung seperti pecah rumah, penagihan dadah, pendatang tanpa izin, penyeludupan, wabak penyakit dan lain-lain.


p/s: Tugas JKKK adalah membangunkan kampong dan menjaga
       keselamatan sekitar, tugas kita pula bagi memastikan mereka
       menjalankan tugas, demi rakyat keseluruhan nya