Wednesday 20 February 2013

MOTTO & LOGO







MAKSUD DAN TERJEMAHAN LOGO

  • LAPAN BINTANG                                                                                                      Melambangkan lapan buah rangkaian jalan / kampong dan perpaduan penduduk
  • POKOK                                                                                                                                Melambangkan nama kampong yang berasal dari nama pokok Kayu Ara dan warna hijau melambangkan kesuburan kampung.

Motto              : ‘Muafakat Membawa Berkat’ 
Cogankata    : Kampung Kita Tanggungjawab Kita’ bermaksud bersatu padu, bekerjasama, saling bantu membantu di antara satu sama lain atau apa juga perkara yang membawa kepada penyatuan masyarakat ke arah yang lebih baik.

VISI

KAMPUNG CEMERLANG, MASYARAKAT TERBILANG,NEGARA TERJULANG

MISI 
MENJADIKAN KAMPUNG KEARAH KECEMERLANGAN DALAM SEMUA BIDANG

   MATLAMAT
Membentuk masyarakat berilmu dan berteknologi. Membentuk kepimpinan aktif dan berdaya maju. Meningkatkan ekonomi dan membasmi kemiskinan penduduk. Mengindah dan menceriakan kampong. Meningkatkan prasarana.


PENGENALAN DAN SEJARAH RINGKAS KAMPUNG

Kampung Kayu Ara Pasong, Kawasan 3, Mukim Api-Api, terletak dalam kawasan Parlimen Pontian P144 dan kawasan DUN Pulai Sebatang N39, lebih kurang 15km dari Bandar Pontian ke Benut, kira-kira 13 km dari Pontian belok ke kanan melalui jalan Kayu Ara Pasong.Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor, telah diterokai pada tahun 1911 oleh beberapa orang yang diketuai oleh Tn. Hj. Siraj Bin Abu Yamin. Nama kampung ini adalah mengambil sempena nama Sebatang pokok kayu ara. Ia terdiri daripada 8 buah kampung berangkai seperti berikut : Jalan Parit Sulaiman, Jalan Parit Hj. Wahab, Jalan Kolam Air, Jalan Parit hj. Siraj, Jalan Parit Kayu Ara Pasong, Jalan Lapis Satu barat, Jalan Lapis Satu Timur, dan Jalan Parit Sikom.Kini Kawasan Tiga Mukim Api-Api, Pontian, telah banyak mencapai kemajuan yang agak pesat dengan adanya Projek Johor Barat dan kemudahan-kemudahan asas yang telah Disalurkan oleh kerajaan kepada penduduk kawasan tiga ini.


                                                                    PETA NEGERI JOHOR




                                                                   PELAN KAMPUNG



No comments:

Post a Comment