Sunday 13 March 2016


PEMENANG Anugerah Desa Cemerlang Parlimen Pontian gembira bersama Mukhriz Mahathir (tengah) dan Ahmad Maslan di Pontian, baru-baru ini.





PONTIAN 26 Januari 2012.

Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi dekat sini muncul juara dalam Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2011 peringkat Parlimen Pontian dengan menewaskan tujuh kampung lain di peringkat akhir, membolehkannya membawa pulang wang tunai RM25,000 serta projek pembangunan bernilai RM150,000.

Ketua Kampung Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Ahmadon Md. Som berkata, kemenangan itu merupakan kejayaan buat kira-kira 2,000 penduduk Kampung Puteri Menangis melalui moto IPPLIK yang dipetik daripada perkataan jawa, ponorogo yang bermaksud sentiasa bekerja sepanjang masa.
“Melalui moto itu, penduduk di sini yang kebanyakannya berketurunan Jawa mampu meningkatkan taraf hidup sosio ekonomi dalam bidang pertanian. 

“Kampung Puteri Menangis juga melahirkan ramai kontraktor dari kelas F sehingga kelas tinggi dan mampu membina projek jutaan ringgit.

“Hadiah kemenangan RM25,000 akan digunakan bagi meningkatkan lagi keceriaan serta menambah baik kemudahan sedia ada bagi bertanding di peringkat daerah dan negeri,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu di sini baru-baru ini.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz Tun Dr. Mahathir sambil disaksikan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan.

Tempat kedua disandang oleh Kampung Parit Haji Omar, Kampung Api-Api pula membawa pulang RM15,000 sementara Kampung Parit Marjunid, Sungai Pinggang di tempat ketiga dengan wang hadiah RM5,000.

Empat kampung lain yang layak ke peringkat akhir masing-masing menerima RM2,000 iaitu Kampung Kayu Ara Pasong. Kampung Parit Yassin, Kampung Permatang Palas dan Kampung Parit Makuasang.

Sementara itu, bagi Setiausaha JKKK Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi, Sapari Sohadi menyifatkan kejayaan tersebut cukup manis setelah semua pihak bertungkus-lumus sepanjang beberapa bulan yang lalu melalui produk inap desa yang telah berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.
“Inap desa itu sesuai bagi mereka yang mahukan suasana kampung dan mengikuti aktiviti pertanian yang dilakukan. 

“Kemenangan ini akan menjadi perintis kepada kejayaan lebih besar melalui gandingan generasi lama dan muda dalam pertandingan peringkat daerah nanti,” katanya.

Artikel Penuh: Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment