Sunday 3 April 2016

MAJLIS PECAH TANAH GERAI RAKYAT PARLIMEN PONTIAN

Perkara  : Majlis  Pecah Tanah Gerai  Rakyat (GR1M)
Tarikh    : 29hb. Oktober  2015
Lokasi   :  Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom, Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor

Di rasmikan oleh : 
YB Datuk Hj Ahmad Bin Maslan
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Merangkap Ahli Parlimen Pontian



Beberapa lokasi Gerai Rakyat 1Malaysia (GR1M) di daerah ini telah dikenal pasti dalam usaha melahirkan lebih ramai peniaga dan usahawan kecil ekoran kejayaan lima buah GR1M fasa pertama.

Kewujudan GR1M diharap dapat mencetuskan gelombang baru supaya masyarakat luar bandar turut sama menjayakan transformasi ekonomi seperti yang dijalankan kerajaan.

Ia diwujudkan dengan konsep pembinaan gerai yang disewakan kepada usahawan dan peniaga bumiputera berbanding Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diperkenalkan oleh kerajaan Pusat. 

GR1M Parlimen Pontian diharap menjadi contoh kepada mana-mana agensi yang berminat melahirkan usahawan kecil melalui kos pembinaan yang rendah berbanding sebuah bangunan, carian tapak niaga yang selesa dan lokasi strategik.

Kadar  sewa serendah RM100 sebulan mungkin tidak dapat diperoleh di tempat lain sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan, namun peniaga perlu memastikan kualiti barangan yang dijual adalah bermutu walaupun pada harga rendah di samping sentiasa menjaga nama baik GR1M.


Sumber



Sekitar Majlis Pecah Tanah di Tanah Rizab JPS, Pekan Parit Sikom, 
Kawasan 3, Mukim Api-Api, Pontian, Johor

No comments:

Post a Comment