Thursday 13 April 2017

LAWATAN KERJA MB KE PONTIAN

Mohamed Khaled menyampaikan bantuan daripada Yayasan Maharani kepada salah seorang penduduk ketika mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Bakri pada 30 Mac lalu.

JOHOR BAHRU, 10 April – Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hari ini mengadakan lawatan ke Parlimen Pontian.
Dalam lawatan sehari itu beliau dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Wifi Johor Luar Bandar di Dataran Homestay, Puteri Menangis.
Selain itu, Mohamed Khaled turut dijadual merasmikan Pasar Awam Pontian, Dewan Muafakat Johor, Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Kampung Sanglang, Ayer Baloi dan pelancaran Mini Karnival OUM Pontian.
Lawatan hari ini merupakan lawatan Parlimen ke-20, sejak lawatan sama diadakan bermula awal tahun ini.
Ia turut disertai barisan Exco Kerajaan Negeri, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Sejak Januari lalu, Mohamed Khaled bersama rombongan mengadakan lawatan sama ke 19 kawasan Parlimen iaitu Johor Bahru, Kulai, Kluang, Parit Sulong, Muar, Labis, Tangkak dan Pagoh.
Selain itu, Sembrong, Gelang Patah, Segamat, Tanjung Piai, Tebrau, Tenggara, Simpang Renggam, Pengerang, Sekijang, Ayer Hitam dan Bakri.
Lawatan tersebut merupakan antara komitmen Kerajaan Negeri untuk meninjau
perkembangan‭ ‬semasa‭ ‬pembangunan di‭ ‬ ‭ ‬setiap‭ ‬kawasan‭ ‬agar‭ ‬segala‭ ‬dasar kerajaan yang dilaksanakan selama ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Selain itu, ia bagi mengenal pasti sebarang permasalahan di peringkat akar umbi,
selain mencari jalan penyelesaian bagi memastikan‭ ‬kesejahteraan setiap lapisan masyarakat sentiasa berterusan.
sumber : - http://jauhar.my

No comments:

Post a Comment