Wednesday, 12 April 2017

MB SAKSI DEMONTRASI SINGKIR LOGAM BERAT DALAM MAKANAN LAUT

PONTIAN, 10 April 2017 – Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled Nordin hadir menyaksikan demonstrasi menyingkirkan logam toksik dalam makanan laut yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Demonstrasi itu diketuai oleh Profesor Dr Abdul Rahim Mohd Yusoff untuk menyingkirkan logam berat dalam makanan laut seperti seperti kerang, kupang, dan tiram diadakan di Pengkalan Nelayan Air Baloi pagi ini, sempena lawatan kerja ke Parlimen Pontian.

Lawatan itu disertai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Pontian Datuk Hj. Ahmad Hj. Maslan, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor merangkap ADUN Benut Datuk Ir. Hj. Hasni Mohammad, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Perdagangan Negeri Johor Dato’ Tee Siew Keong, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Hj. Azmi Rohani dan Pegawai Daerah Pontian Hj. Onn Jabbar.
Hadir sama Naib Canselor UTM Profesor Dato’ Ir. Dr. Wahid Omar, Dekan Fakulti Sains Professor Dr Norsarahaida Saidina Amin dan Dekan Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) Profesor Dr Amran Md Rasli.
Sistem penyingkiran logam toksik itu yang dikenali sebagai Molluscure™ dibangunkan sekumpulan penyelidik yang dianggotai oleh Prof. Dr. Wan Azelee Wan Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Razali Ismail, Dr. Faizuan Abdullah dan Ihsan Wan Azelee.
Molluscure™ telah dilesenkan untuk dikomersialkan kepada syarikat Focus Industrial System Sdn. Bhd.
Molluscure™ adalah salah satu projek dibawah Institut Kajian Strategik Johor (IISJ) untuk diperkenalkan kepada nelayan penternak kerang di Mukim Ayer Baloi, Pontian Johor.
Tujuannya untuk mendedahkan teknologi berkenaan kepada golongan sasar iaitu nelayan penternak spesis moluska terutama kerang yang mempunyai potensi pasaran yang sangat luas.
Dato’ Mohamed Khaled mencedok kerang yang telah dibersihkan di dalam tangki pembersihan.

Profesor Wahid mengiringi Dato’ Mohamed Khaled melawat makmal bergerak IPASA.

Dato’ Mohamed Khaled melihat ujian yang dijalankan dalam makmal bergerak.


sumber :- http://news.utm.my/malay/2017/04/mb-johor-saksi-demonstrasi-singkir-logam-berat-dalam-makanan-laut/